Anmum Essential membina IQ dan membentuk EQ. Anak korang menjadi hebat!

Netizen Tak Senang Lihat ‘Kelab Larian’ Buka Baju, Hisap Rokok Elektronik - “Dah Keliru, Nak Promosi Gaya Hidup Sihat Ke Apa?”

Asyraf Roslan
28/10/2024 12:55 MYT
Tular di platform X perkongsian luahan seorang individu yang berasa kurang senang melihat aktiviti kelab larian yang dianggap seperti ‘kurang kerat, rengkuh yang lebih’.

Menerusi perkongsian itu, kumpulan tersebut gemar membuka baju biarpun baru membuat larian sebanyak lima kilometer sahaja.

“5 kilometer pun buka baju. Kami Ultra runner rileks tak buka apa-apa,” katanya di laman X.

Pada perkongsian yang sama, individu tersebut juga mengingatkan netizen untuk menjaga adab dan mengamalkan aktiviti lebih sihat.

“Yang penting jaga adab gais. Ayuh Ke arah Malaysia yang lebih sihat,” katanya ringkas.

Hantaran itu mendapat pelbagai respons daripada netizen.



Menerusi tinjaun Gempak di ruangan komen juga mendapati ada netizen yang keliru dengan mesej yang ingin disampaikan oleh kelab larian tersebut.

Ia disebabkan ada yang melihat kelab larian tersebut cuba mempromosikan gaya hidup sihat namun di dalam video yang dimuat naik oleh ahli-ahlinya sedang menggunakan rokok elektronik.

#Netizen #Komen #Rokok Elektronik #Kelab Larian
;