Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Netizen Tak Suka Nama Anak Kareena Kapoor, Serupa Pemimpin Kejam

Fiza Kamarudin 24/12/2016 | 05:57 MYT
Nama Taimur Ali Khan Pataudi, anak kepada pelakon Bollywood Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan yang dipilih sempena nama pemimpin empayar Moghul, Timur the Lame telah dikutuk segelintir pengguna laman sosial.
Mereka mengatakan nama tersebut tidak sesuai diberikan kepada bayi secomel Taimur dan mendakwa Timur the Lame seorang pemimpin kejam yang bertanggungjawab membunuh ratusan ribu penduduk berketurunan India pada tahun 1339 selepas masihi.
Bagaimanapun, bapa saudara Kareena, pelakon Rishi Kapoor mempertahankan nama berkenaan dan mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.
"Tahniah kepada Kareena dan Saif! Terima kasih kepada semua ucapan, akan menyampaikannya," kata aktor veteran itu dalam Twitter.
Anggota keluarga pasangan suami isteri itu termasuk Karisma Kapoor, Soha Ali Khan dan Kunal Kemmu, turut mengucapkan tahniah di atas kelahiran anggota baru itu.
"Keluarga kami amat gembira. Taimur Ali Khan Pataudi cukup comel dan kedua-dua ibu dan anak sihat!" menurut tweet adik Saif, Soha. Bekas Ketua Menteri Jammu Kashmir, Omar Abdullah, turut mengkritik mereka yang mempersendakan pemilihan nama itu.
Abdullah berkata, sebagai ibu bapa, Saif dan Kareena berhak memutuskan nama anak mereka. Dalam akaun Twitter, beliau menulis: "Orang yang berhak memutuskan nama bayi ialah ibu bapanya. Mengapa orang lain hendak masuk campur?
"Tahniah kepada Saif dan Kareena. Semoga Taimur Ali Khan menikmati kehidupan yang gembira dan sihat." Taimur ialah anak pertama Kareena manakala Saif mempunyai dua anak hasil perkahwinan pertamanya dengan pelakon Amrita Singh, Sara dan Ibrahim.
Sumber: BH Online
#Kareena Kapoor #Bollywood #Saif Ali Khan #Taimur Ali Khan Pataudi
;