Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Netizen Tampil ‘Back Up’ Abang Bas, Anggap Konten Dengan Pelajar Perempuan Hanya Gurauan - “Niat Dia Baik, Yang Fitnah Nanti Merangkaklah Cari…”

Ainun
07/09/2024 12:25 MYT
Susulan kes viral ‘Abang Bas’, terdapat segelintir netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap lelaki tersebut dan menganggap isu itu telah menutup periuk nasinya.

Menerusi video yang dimuat naik pengguna di TikTok, menyatakan bahawa lelaki tersebut hanya melakukan video gurauan terhadap budak sekolah sehingga menjadi isu besar.

“Satu je nak cakap dia live pun tidak buat apa-apa. Dia hanya bergurau dan sembang dengan budak sekolah sahaja sehingga jadi isu besar”, kata dari individu tersebut.


Meninjau di ruangan komen, ada yang bersetuju dengan pendapat individu tersebut dengan menyatakan ‘abang bas’ tidak bersalah dan mereka sentiasa mendoakan segala urusan lelaki tersebut berjalan dengan lancar.

Ini antara komen netizen;

“Saya dibelakang abang bas. Niat dia baik. Yang fitnah dia nanti merangkaklah cari dia”

“Suka tengok konten abang bas. Semoga dipermudahkan segala urusan abang bas”


“Kami ramai-ramai mendoakan abang bas agar dipermudahkan urusan”, komen dari netizen.

Terdahulu, pemandu bas dipercayai memuat naik rakaman video penumpang bas dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang yang disukainya atau 'crush' dan 'kesayangannya', direman selama lima hari bermula dari Jumaat.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 636,600 ribu tontonan dan mendapat 17,400 ribu butang suka.

BERITA TRENDING: Gara-Gara Pertama Kali Sertai ‘Spin Class’, Sofea Shra Kini Ditahan Wad - “Saya Mungkin Menghidap Penyakit…”

BERITA TRENDING: Nafas Busuk, Doktor Jumpa Lipas Dalam Tekak Lelaki

BERITA TRENDING: Pantas! Netizen Puji Pasukan Bomba Sampai Ke Lokasi Kebakaran Kurang Dari 10 Minit - “Saya Sangat Kagum Dengan…”

BERITA TRENDING: Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”

#Netizen #Abang #Video #TikTok #Bas #Backup