Perkara itu dikongsikan menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok di mana seorang netizen bertanyakan kepada Ameera tentang bila dirinya akan berkahwin.
Menjawab kepada persoalan tersebut, adik kepada Neelofa itu menyatakan dia mahu menjalani kehidupan sebagai isteri namun pada waktu yang tepat serta yakin dengan ketentuan Allah.
Sekadar info, Ameera Khan sebelum ini secara terbuka menunjukkan bahawa dia sedang hangat menjalani hubungan cinta bersama pelakon dari Indonesia, Jefri Nichol.
Pempengaruh berusia 25 tahun itu juga baru-baru ini terbang ke Indonesia demi menyambut hari lahir ke-26 Jefri Nichol.