,
Laman Utama

Netizen Tanya Anak Ismail Sabri Bila Boleh Rentas Negeri? Nina Sabrina; Saya Pun Akan Menunggu Pengumuman Setiap Hari ..."

Zulaikha Yusof
01/04/2021
09:50 MYT
Anak kepada Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Datin Nina Sabrina bersikap sporting menjawab pertanyaan netizen di Ask Me Question.
Antara soalan yang diterima adalah mengenai rentas negeri yang masih tidak dibenarkan disebabkan pandemik Covid-19.
"Bila boleh rentas negeri sis? Tolong tanya daddy," tanya salah seorang pengikut yang tidak diketahui identiti.
Menjawab persoalan itu, Nina menyatakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) hanya boleh mengeluarkan arahan selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Yang ini kena tanya KKM, MKN hanya boleh membenarkan rentas negeri dengan nasihat KKM mengikut jumlah kes.
"Melihat nombornya saya ragu ia akan berlaku dalam masa terdekat," tulisnya di Instagram Stories.
Dalam pada itu, isteri kepada pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie berkata dia dan keluarga tidak menetap bersama Ismail kerana mereka mempunyai rumah sendiri.
Tambahnya, sekiranya mereka berjumpa topik Covid-19 tidak menjadi pilihan untuk dibualkan.
"Saya juga tidak tinggal bersama ayah saya dan ketika berjumpa, kami bercakap mengenai perkara lain selain Covid kerana kami tahu dia bosan bercakap tentang Covid setiap hari.
"Sebab tu kadang-kadang bila kawan saya tanya macam-macam pun saya tak dapat jawab, sebab saya memang jujur ​​tak tau. Saya pun akan menunggu pengumuman setiap hari di televisyen," tulisnya lagi.
Jovian dan Nina berkahwin pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia empat tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.