Hiburan

Netizen Tanya Kenapa Dahi Neelofa Ada Parut, Jawapan Spontan PU Riz Buat Ramai Terhibur - “Dahi Dia Sebab…”

gempak
Umirah Halim
17/12/2024
09:55 MYT
Sponsor Banner
Netizen Tanya Kenapa Dahi Neelofa Ada Parut, Jawapan Spontan PU Riz Buat Ramai Terhibur - “Dahi Dia Sebab…”
Sepotong video memaparkan gelagat lucu pasangan selebriti Noor Neelofa dan suaminya, Haris Ismail berjaya meraih perhatian netizen.
Menerusi satu video yang dimuat naik oleh akaun peminat di TikTok, dapat dilihat seorang netizen bertanyakan kepada Neelofa tentang garis di dahinya semasa sesi siaran langsung menjual inai bersama Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz.
“Diorang (netizen) tanya saya dahi saya kenapa?” kata Neelofa sambil berinteraksi bersama suaminya.

Netizen terhibur

Bagaimanapun, respons PU Riz yang santai dan bersahaja membuatkan ramai warganet termasuk Neelofa sendiri terhibur.

“Dahi dia sebab sembahyang kuat,” jawab PU Riz ringkas dengan nada gurauan.

BERITA BERKAITAN: “Semoga Jumpa Suami Yang Sempurna” - Soal Jodoh, Neelofa Titip Doa Buat Ameera Khan

BERITA BERKIATAN: Penumpang Wanita Tolak ‘Offer’ PU Riz Nak Bagi ‘Window Seat’ Dalam Flight - “Sungguh Melucukan Bagaimana Seseorang…”

BERITA BERKIATAN: Mesra Berpegangan Tangan Dengan Jefri Nichol, Ameera Khan Temui Cinta Di Jakarta?
Menjengah ke bahagian komen, rata-rata netizen seronok menyaksikan keserasian pasangan tersebut.
“Hahaha kelakar jawapannya,”
“Hahahaha setiap kali live orang tanya dahi, penat nak jawab tu,”
“Seronok dapat suami macam ni,” komen beberapa netizen.
Sekadar info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024