Netizen Tanya Perasaan Fasha Sandha Lihat Sheila Rusly Jadi Mentua Elisya; “Saya Yang Menyatukan…”
23/12/2022 08:30 MYT
“Apa perasaan bila Sheila Rusly jadi ibu mentua kepada adik Fasha?” demikian soalan yang diajukan oleh salah seorang peminat kepada pelakon Fasha Sandha menerusi sesi Q&A di laman sosial Instagram baru-baru ini.
Menjawab kepada pertanyaan tersebut, kata Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan, 38, apa sahaja kebahagian yang dikecapi oleh adiknya Elisya Sandha adalah juga kebahagian buat dirinya.
“Apa yang sahaja yang membahagiakan adik saya, ianya juga akan membahagiakan diri saya juga.
“Saya adalah orang pertama yang Elisya beritahu untuk berkahwin dan saya yang cuba untuk menyatukan dua keluarga sebelum ini,” kongsinya.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Aidil Aziz berkata hadiah yang paling bernilai buat adik beradiknya adalah doa.
“Pada saya, hadiah yang tidak ternilai untuk adik beradik adalah doa. Doa yang baik-baik untuk kami semua. Walaupun masing-masing sudah dan semakin sibuk,” tambahnya.
Untuk info, Elisya Sandha telah mendirikan rumah tangga bersama anak sulung kepada Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy Azman pada 21 Ogos tahun lalu.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Bunga Elhaq yang dilahirkan pada 18 Jun lalu.