HIBURAN
Netizen Tanya Soalan ‘Dah Tidur Dengan J?’, Ini Respons Ameera Khan - “Kak, Dah Tua Jangan Tanya Soalan B*doh”
Pempengaruh media sosial, Ameera Khan, baru-baru ini menjawab soalan peribadi daripada netizen mengenai hubungannya dengan aktor Indonesia, Jefri Nichol, melalui sesi "Ask Me" di Instagram Story.
Soalan tersebut bertanya sama ada mereka pernah tidur bersama.
“Dah sleep dengan J? (Jefri Nichol)”,” tulis pengguna tersebut.
Ameera, yang juga adik kepada selebriti Neelofa, menjelaskan bahawa mereka tidak tidur bersama, tetapi sering berkomunikasi melalui panggilan telefon.
"Sleep call setiap malam, kalau tak tidur pun selalu call. Memang call tak pernah putus," tulisnya.
Di akhir hantaran, Ameera menegur netizen yang bertanya soalan tersebut, menyarankan mereka untuk berfikir sebelum bertanya.
"Kak, dah tua janganlah tanya soalan macam budak-budak yang tak ada otak," tulisnya.

Sebelum ini, hubungan mereka pernah menjadi perhatian selepas Jefri mendedahkan dalam sebuah podcast bahawa dia pernah tidur dengan lebih 20 wanita.
Namun, Ameera tetap mempertahankan Jefri, menyifatkannya sebagai lelaki yang baik dan penyayang.
Keluarga Ameera turut menyokong hubungannya dengan Jefri, dan dia merasa gembira dengan sokongan tersebut.
Walaupun hubungan mereka pernah menjadi tumpuan netizen, Ameera dan Jefri kini dilihat semakin mesra dan terus berkongsi momen bersama di media sosial.