Netizen Tanya Status Halal Produk Khairul Aming, Ini Jawapan Tuan Empunya Badan
Izwan Isa
20/02/2024 03:55 MYT
20/02/2024 03:55 MYT
Fenomena produk keluaran pempengaruh dan pencipta kandungan Khairul Aming membadai pengguna tempatan bak ‘tsunami’. Selepas kejayaan Sambal Nyet Berapi, kini giliran Dendeng Nyet Berapi menjadi rebutan pengguna.
Masakan tidak, dalam tempoh sekitar tiga minit, 80,000 pek pertama Dendeng Nyet Berapi habis terjual, memberikan pulangan lebih RM1.2 juta ketika ia dilancarkan.
Sungguhpun begitu, netizen masih tertanya-tanya mengenai status halal produk milik Khairul Aming. Dan menerusi platform X, tuan empunya badan memberikan perkembangan terkini.
Menurut usahawan itu, sebagai langkah pertama, syarikatnya telah pun mendapatkan sijil MeSTI bagi memastikan keadaan kilangnya bersih dan juga selamat.
Meninjau ruangan balasan, ramai yang memberikan sokongan kepada Khairul Aming dalam usaha memiliki sijil halal.
Ujar mereka, proses untuk mendapatkan sijil MeSTI juga bukanlah sesuatu hal yang senang kerana perlu melalui proses audit yang banyak.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.