Laman Utama
Netizen Tegur Lelaki Pakai Tudung Untuk Promote Perniagaan Sendiri - “Niat Tak Halalkan Cara! Yang Perempuan Pun Beria Puji”
Gelagat seorang usahawan lelaki yang mempromosikan tudung jenama miliknya ketika sesi siarang langsung di TikTok baru-baru ini mendapat teguran netizen.
Rata-ratanya berpendapat usahawan itu tidak sepatutnya mempromosikan barangan jualan miliknya dengan cara menggayakan tudung tersebut kerana bercanggah hukum syarak.
“Hari itu ada satu jenama tudung ni lelaki pi promote dengan pakai tudung magnet depa. Ini pula lagi satu jenama tudung, lelaki juga pi buat tutorial pakai tudung.
“Nak jual tudung tak salah, tapi sampai lelaki menyerupai perempuan itu yang haram. Bape kali nak cakap, haih aku kang,” tulis seorang individu.
Haritu ada satu jenama tudung ni lelaki pi promote dgn pakai tudung magnet depa.Ini pula lagi satu jenama tudung, lelaki juga pi buat tutorial pakai tudung.Nak jual tudung tak salah, tapi sampai lelaki menyerupai perempuan itu yang haram.Bape kali nak cakap, haih aku kang. pic.twitter.com/MhHeqFGLkz— ??????? (@AmirulRuslam) November 15, 2023
Malah apa yang lebih mengecewakan netizen adalah sikap sesetengah pengguna media sosial yang memuji lelaki berkenaan dengan mengatakan wajahnya kelihatan cantik.
“Yang perempuan dan lelaki beria-ria pi puji lelaki pakai tudung pun dapat saham dosa sebab reda dengan maksiat. Bagus! satu kapal!” coretnya menerusi hantaran di platform X.
Malah ada netizen berpendapat niat baik usahawan itu untuk mempromosikan perniagaannya tidak kena dengan caranya.
“Boleh je kan dia upah moderator perempuan untuk buat tutorial. Hmm tahla. Marketing dia tak menghalalkan cara. Harap dia sedar dan cepat berubah. Aku doakan business dia maju,” tulis seorang netizen.
Terdahulu, usahawan siaran langsung penjualan tudung usahawan itu menerima pelbagai reaksi netizen kerana memakai tudung dan menggayakannya seperti seorang wanita.
Must-Watch Video