Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Netizen Tegur Lelaki Pakai Tudung Untuk Promote Perniagaan Sendiri - “Niat Tak Halalkan Cara! Yang Perempuan Pun Beria Puji”

Gempak
16/11/2023 07:57 MYT
Gelagat seorang usahawan lelaki yang mempromosikan tudung jenama miliknya ketika sesi siarang langsung di TikTok baru-baru ini mendapat teguran netizen.

Rata-ratanya berpendapat usahawan itu tidak sepatutnya mempromosikan barangan jualan miliknya dengan cara menggayakan tudung tersebut kerana bercanggah hukum syarak.

“Hari itu ada satu jenama tudung ni lelaki pi promote dengan pakai tudung magnet depa. Ini pula lagi satu jenama tudung, lelaki juga pi buat tutorial pakai tudung.

“Nak jual tudung tak salah, tapi sampai lelaki menyerupai perempuan itu yang haram. Bape kali nak cakap, haih aku kang,” tulis seorang individu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah apa yang lebih mengecewakan netizen adalah sikap sesetengah pengguna media sosial yang memuji lelaki berkenaan dengan mengatakan wajahnya kelihatan cantik.

“Yang perempuan dan lelaki beria-ria pi puji lelaki pakai tudung pun dapat saham dosa sebab reda dengan maksiat. Bagus! satu kapal!” coretnya menerusi hantaran di platform X.

Malah ada netizen berpendapat niat baik usahawan itu untuk mempromosikan perniagaannya tidak kena dengan caranya.

“Boleh je kan dia upah moderator perempuan untuk buat tutorial. Hmm tahla. Marketing dia tak menghalalkan cara. Harap dia sedar dan cepat berubah. Aku doakan business dia maju,” tulis seorang netizen.

Terdahulu, usahawan siaran langsung penjualan tudung usahawan itu menerima pelbagai reaksi netizen kerana memakai tudung dan menggayakannya seperti seorang wanita.

Malah adalam dalam kalangan netizen juga terkejut kerana wajah usahawan itu selepas memakai hijab kelihatan begitu cantik seperti seorang wanita.

#Viral #Netizen #Tudung #Tular #Usahawan #Lelaki Pakai Tudung
;