HIBURAN

Netizen Tegur Pakaian Tak Sesuai Imej Bertudung, Ananda Natasha Ucap Terima Kasih - “Insya-Allah Kita Akan Labuhkan Lagi”

Mya Amri 23/07/2025 | 20:52 MYT
Personaliti media sosial, Ananda Natasha ditegur netizen kerana pakaian dipakai dikatakan tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung.

Ditegur pakaian tak sesuai imej bertudung


Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Natasha dilihat menggayakan pakaian berwarna merah jambu berserta aksesori di pinggang.

Video berdurasi selama hampir dua minit itu meraih perhatian netizen yang menyatakan rasa kurang senang melihat pemilihan baju tersebut.

Tidak cepat melatah, Natasha bagaimanapun menerima teguran itu secara terbuka dan mengambilnya dengan positif.

Menerusi ruangan komen, Natasha memaklumkan selepas ini dia akan cuba melabuhkan pakaiannya dengan berubah menjadi lebih baik lagi.
undefined
#Ananda Natasha