Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Netizen Teka Isteri MK K-Clique Hamil Anak Kembar, Ini Respons Empunya Badan…

Asyikin Mayudin
30/07/2024 01:30 MYT
Perkongsian video memperlihatkan ‘baby bump’ isteri kepada penyanyi rap dan pelakon MK K-Clique, Siti Hajaar Syeikh Nordin baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Teka Hamil Anak Kembar

Rata-ratanya mengucapkan tahniah atas kehamilan pertama pasangan itu namun ada juga diantara mereka yang membuat tekaan Siti Hajaar sedang hamil anak kembar.

“Nampak besar dah baby bump sebab kembar kan… perut nampak macam lapan bulan dah.

“Alhamdulillah MK dan Hajaar dapat anak kembar. Saya dulu nak sangat baby kembar tapi tak ada rezeki.

ARTIKEL BERKAITAN: MK K-Clique Kongsi Kehamilan Isteri Pada Hari Ulang Tahun Kelahiran, Peminat Komen: “Perut Besar Macam Baby Kembar”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Didakwa Hamil, MK K-Clique Pilih Masa Yang Sesuai Untuk Kongsi - “Saya Memilih Sebegini Sebab ia Terlalu Peribadi”

ARTIKEL BERKAITAN: "Ramai Tegur Saya Semakin Berisi" - MK K-Clique

ARTIKEL BERKAITAN: Sejuk Hati MK Lihat Isteri Berjubah Turun Event - "Akaun Dosa Masuk Pada Saya"

“Diorang memang dah confirm kan twein ke?” komen beberapa netizen di perkongsian video yang dimuat naik Siti Hajaar di TikTok.

Bagaimanapun, Siti Hajaar membalas setiap komen dengan mengharapkan semua orang mendoakan kehamilan seterusnya selepas ini dikurniakan rezeki anak kembar.

Doa Kehamilan Selepas Ini

“Terima kasih. Doakan kehamilan selepas ini saya ada rezeki boleh dapat twins ya,” balas Siti Hajaar secara ringkas.

Terdahulu, MK K-Clique berkongsi perkembangan isterinya, Siti Hajaar yang dilihat sedang berbadan dua selepas berkongsi satu klip video di akaun Instagram miliknya pada Sabtu lalu.

Biarpun tidak memberi pengesahan mengenai perkara itu, namun tindakan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan mencium perut isterinya yang kelihatan sarat hamil seolah-olah mengesahkannya.

Malah menerusi video yang dikongsikan itu juga memperlihatkan isterinya itu seolah-olah sedang menanti hari untuk bersalin.

MK dan Siti Hajaar mendirikan rumah tangga pada 16 Jun tahun lalu.
#Anak Kembar #MK K-Clique #Siti Hajaar #Isteri MK #Hajaar hamil #Isteri MK hamil #Siti Hajaar anak kembar