Banyak berita mengenai kedegilan penghuni rumah flat yang cuba untuk mengubah suai rumah mereka sesuka hati mengikut cita rasa masing-masing.

Bukan hanya salah di sisi undang-undang, malah dia turut mencacatkan pemandangan selain menyebabkan gangguan terhadap penghuni yang lain.
@aazrie Hantaq baliikkk #wardentrafikmbsp #enforcementmbsp ♬ original sound - Majoriti Official

Begitulah yang dilakukan oleh seorang pemilik kediaman di sebuah rumah flat di Pulau Pinang yang bertindak meletakkan sebuah pondok besar di depan rumahnya.

Namun, menerusi perkongsian video di TikTok, pondok tersebut dilihat telah dirobohkan.



Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen yang melahirkan rasa puas hati melihat rakaman tersebut.

Begitupun, isu melibatkan cop parking masih belum dapat diselesaikan.

BACA: Duduk Flat, Selera Kondo… Wanita Cop Parking Dengan Tong Cat Dikritik Netizen​