HIBURAN

Netizen Terharu Lihat Ibu Ikut Tadah Tangan Masa Doa Makan - “Respek Dengan Maryam, Antara Muallaf Yang Belajar Agama & Tutup Aurat”

Mya Amri 17/08/2025 | 02:00 MYT
Personaliti media sosial, Maryam Younarae mendapat perhatian netizen selepas berkongsi video terbaharu di media sosial.

Terharu ibu tadah tangan baca doa

Video tersebut merakamkan momen Maryam menanti untuk menjamu selera bersama ibu tersayang di meja makan.

Bagaimanapun reaksi ibu Maryam meraih perhatian ramai apabila dia turut menadah tangan sebaik sahaja anaknya membaca doa makan walapun mereka berlainan agama.

Disebabkan itu juga, Maryam berkata dia menyedari contoh yang baik adalah pengajaran sebenar.

undefined
#Ibu #Maryam #Maryam Younarae #Doa Makan #Muallaf