Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
GAYA HIDUP

Netizen Terharu Tengok Amin Abid Bantu Anak Kucing Lumpuh Berjalan - “Semoga Perjalanan Awak Ke Syurga…"

Asyraf Roslan 29/04/2025 | 02:55 MYT
Pempengaruh pasangan kembar, Amin dan Abid sekali lagi berjaya menarik perhatian warganet ciptaan DIY mereka.
Menerusi satu hantaran di TikTok, pasangan kembar yang disamakan dengan animasi popular Disney, Phineas and Ferb itu telah mencipta satu alat untuk membantu seekor anak kucing yang lumpuh agar dapat bergerak dengan lebih mudah.
Jelas Amin Abid, anak kucing milik mereka itu mempunyai lemah saraf pada kakinya oleh itu doktor telah mencadangkan untuk memberi sokongan kepada anak kucing tersebut untuk bergerak.
“Alkisahnya Dr. kata dari lahir dia mmg dah lemah saraf kaki...jadi Dr suggest kan support bwh perut but still bagi kaki tergantung utk dia exercise berjalan,” tulis mereka.
Lebih menarik, modal untuk membuat alat sokongan itu hanya memakan RM10 sahaja.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sangat terharu melihat pasangan kembar itu membantu anak kucing mereka bergerak dengan lebih lancar.
“Semoga perjalanan awak ke syurga dilancarkan seperti lancarnya perjalanan anak buyung.
“Terima kasih orang baik.. semoga anak buyung mbesar dgn sihat, aamiin.
“Semoga rezeki amin dan abid megalir seperti air zam zam yang tak pernah putus.
“Nak pelik tapi amin abid kann, apa je yg dorg x bole buatt.
“Untung anak buyung dapat tuan kreatif mcm awak berdua ni,” tulis netizen
#Kucing #DIY #Amin Othman #Abid Othman #Kucing Lumpuh