Netizen Terhibur Lihat Gaya Catwalk Suami Ain Edruce - “Lambai Sampai Ke Sudah”
Gelagat suami kepada pelakon dan pengacara, Ain Edruce iaitu Amirul Hafiz sering kali mendapat perhatian netizen.
Terbaharu, suami kepada ibu anak satu tersebut membuatkan ramai tidak ‘kering gusi’ semasa memperagakan koleksi Baju Melayu Bulan Bintang untuk Aidilfitri yang bakal tiba.
Menerusi hantaran di TikTok, Amirul dapat dilihat berjalan secara janggal dengan melambai ke arah penonton sambil diiringi oleh Ain dan cahaya mata perempuan mereka, Soraya.
undefined
Susulan penularan video berkenaan, rata-rata wargamaya menzahirkan rasa terhibur dengan riak muka dan gaya yang ditunjukkan oleh Amirul.
“Ain dah macam bawa dua orang anak hahaha.
“Bila introvert dipaksa jadi extrovert,
“Lambai sampai kesudah,
“Confuse mana satu budak,
“Dia lambai sambil tahan nafas ke weh?
“Mesti dia rasa macam moment paling lama dalam hidup dia,” komen beberapa netizen.
Sekadar info, Ain dan Amirul telah berkahwin pada tahun 2019.
Selain Soraya, rumah tangga Ain dan Amirul bakal dihiasi dengan cahaya mata kedua tidak lama lagi.