HIBURAN

Netizen Terkejut Ameera Khan Guna 'Eye Patch' Harga RM382! - “Macam Nak Cuba Kot Berkesan…”

Umirah Halim 20/05/2025 | 13:55 MYT
Personaliti media sosial, Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK), baru-baru ini berjaya menarik perhatian netizen selepas memuat naik foto selfie yang memaparkan dirinya memakai eye patch sambil memegang secawan kopi.

Namun, apa yang menjadi bualan warganet adalah harga eye patch jenama mewah yang digunakan oleh LMK.

Menerusi platform Threads, seorang pengguna akui terkejut selapa mendapati harga sebenar produk eye patch tersebut, iaitu RM382 untuk lima pasang!

“Terkejut tengok harga eye patches LMK pakai ni. 5 pairs of eye patches pun dah harga macam ni wak 🥹 Macam nak try lah. Kot makin mahal makin berkesan?”,” ujarnya.

Walaupun produk ini dijanjikan untuk memberi manfaat seperti mengurangkan bengkak mata dan mengatasi lingkaran gelap, harga premium ini membuatkan ramai yang berfikir dua kali sebelum mencubanya.

Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat bahawa mungkin harga yang tinggi itu menjanjikan hasil yang lebih baik.

“Bila produk mahal, mesti nak percaya hasilnya bagus. Nak try lah.

“Dia dapat free je tu, baru ni kan ada event.

“Dia sponsored bukan beli pun. Dia dapat free je tu,” komen beberapa netizen.

Sumber: Threads

#Ameera #Khan #Harga #328 #eyepatch