Netizen Terkejut Dengan Kenaikan Berat Badan CL

Amri Hassan
Ogos 7, 2018 08:41 MYT
Baru-baru ini, netizen dikejutkan dengan kenaikan mendadak berat badan Chaerin atau lebih mesra dengan panggilan CL.
Perubahan ini diketahui umum apabila CL muncul di Lapangan Terbang Incheon.
Ketika itu, CL dalam perjalanan ke Singapura untuk MTV Spotlight.
Ada segelintir netizen beranggapan kenaikan berat badan CL disebabkan kerana terlalu tertekan.
Walaubagaimanapun, ramai netizen tidak peduli dan kagum dengan penampilan barunya.
Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Koreaboo
#CL #Kpop