Lepas satu, satu. Selepas kecoh seorang wanita yang didakwa menghina agama Islam di sebuah pusat komedi, kini viral pula isu mengenai lelaki yang menyamakan Rasulullah SAW dan Allah SWT dengan haiwan dalam sepotong video baru-baru ini.

Lebih memburukkan keadaan, lelaki tersebut turut mencabar orang ramai dan berkata tidak takut dibunuh jika pandangannya itu tidak dipersetujui oleh orang ramai.

Justeru, disebabkan kenyataannya yang tidak gentar dengan sebarang kekasaran, lelaki tersebut dipercayai telah dipukul oleh orang ramai sehingga berdarah pada bahagian muka di rumahnya semalam.

Lelaki itu turut merakam video berasingan dan mengakui bahawa dirinya juga telah dipukul.

Namun, lain pula yang ditemui oleh netizen selepas isu berkenaan viral di media sosial. Menerusi laman Youtube lelaki berkenana, netizen mendapati yang dia pernah berkongsi hal-hal yang baik seperti kisah hidup Nabi Yusuf AS.

Menerusi ruangan komen di Youtube miliknya, rata-rata netizen melahirkan rasa terkejut dan berharap agar lelaki itu diberikan hidayah oleh Allah.

“Sesungguhnya hanya Allah tahu tujuan mu lakukan ini semua. Wahai saudara percayalah Allah sentiasa dengan kita, bagaimana kita anggap Allah begitu juga Allah anggap kita, sebab tu ayat-ayat diturunkanya, Sembah kepadanya. Ya Allah jangan jauhi ku dari Mu sentiasa ku mengingatimu.”

“Mungkin dia ni belajar sorang tanpa guru. Kaji dan terus kaji pasal agama Islam. Lepas tu rasa tak puas dgn agama Islam. Tu mungkin juga sebab utama dia hina Islam. Walhal Agama Islam adalah agama yang lengkap. Suci. Dan agama utama negara kita. Tapi kenapa la sampai nak hina agama sendiri. Kenapa? Ada iblis dah rasuk dia ke? Wallahualam. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.”

“Aku punya la geram. Last-last tengok video kau dulu-dulu… terus aku terfikir… esok lusa kita tak tahu apa nasib yang menimpa diri kita. Aku syak kau ada masalah sebab tu kau melalut. Doa je la yang baik-baik.”

Terdahulu, menerusi laporan media, lelaki yang berusia 39 tahun itu telah pun ditahan polis di sebuah rumah di Batu 8, Bukit Kuchai, Puchong oleh pasukan dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman.