Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Netizen Terkejut Restoran Gordan Ramsay Malaysia Bayar Gaji Staff Murah Sedangkan Makanan Harga T20

Izwan Isa
13/10/2022 09:50 MYT
Sejak cawangan restoran mewah milik Cef Gordon Ramsay dibuka di Malaysia, lokasi menjamu selera mewah itu sering menjadi tumpuan netizen.

Masakan tidak, selain daripada nama gah Gordon Ramsay terpampang di pintu masuk, harga untuk menu yang ditawarkan agak mahal.

Sesuai dengan kategori ‘fine dining’, harga menu Gordon Ramsay Bar & Grill bermula daripada RM100!

Bagaimanapun, harga mahal yang dikenakan pada pelanggan tidak mencerminkan gaji pekerja bagi restoran berkenaan.

Menerusi carian netizen di Twitter, gaji pelayan di sana bermula pada RM1,500 manakala sous chef pula RM5,500.



“Restoran Gordon Ramsay di Malaysia kenakan pelanggan RM300 bagi satu hiris beef Wellington, RM40 untuk mashed potatoes, dan RM36 air dalam botol.

“Tetapi bayar gaji waitstaff hanya RM1.5k, sous chef RM5.5-7k. Eksploitasi negara ketiga untuk tenaga buruh?

Dalam pada itu menerusi pengalaman yang dikongsikan oleh pengguna Twitter, bekerja di restoran mewah dalam hotel selalunya tidak menjanjikan gaji yang lumayan.



“Mana ada restoran mewah dalam hotel bayar staff gaji tinggi. Selalu dorang bila post kat portal kerja letak gaji tinggi. Bila pergi interview paling rendah basic dorang bagi. Bila kita tanya kenapa dalam portal letak basic tinggi. Dia cakap itu lepas OT baru dapat macam itu.

Terdahulu, menerusi laporan Astro Awani, kekurangan pekerja dalam sektor makanan dan minuman adalah disebabkan oleh gaji yang tidak setimpal dengan skop kerja.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Gordon Ramsay #Gaji Rendah
;