Netizen Terkejut Restoran Ini Naikkan Caj Perkhidmatan Kepada 15% Sempena Tahun Baharu Cina

Izwan Isa
Februari 12, 2024 06:55 MYT
Kita mungkin sudah terbiasa melihat caj perkhidmatan sebanyak 10 peratus yang dikenakan hampir kebanyakan restoran di Malaysia kepada pelanggan.

BERITA TRENDING: Syida & Syafiqa Melvin Bengang, Layanan Kedai Sewa Pakaian Biadap! - “Tak Bagi Bawa Masuk Budak, Anak Aku..."

Namun, lain pula yang dialami oleh seorang pelanggan yang ingin menjamu selera di sebuah restoran popular di ibu kota semalam.

Menerusi hantaran yang dibuat di platform X, pelanggan tersebut berkongsi yang caj perkhidmatan dikenakan oleh restoran tersebut adalah sedikit tinggi berikutan sambutan Tahun Baharu Cina yang bermula pada Sabtu lalu.

Ohhh bolehh ehh macam ni?? pic.twitter.com/DbpA1jYE1y

— aLeL ? (@AzlilAdzif) February 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada gambar yang dikongsikan, caj perkhidmatan dinaikkan sebanyak lima peratus, sementara Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (SST) kekal sebanyak 6 peratus.
Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen yang agak terkejut dengan pertambahan caj perkhidmatan yang dikenakan restoran berkenaan.
Menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Caj Perkhidmatan ialah caj yang dikenakan ke atas kos barangan atau perkhidmatan yang dikenakan oleh perniagaan dalam bil.

BERITA TRENDING: Karipap Tersenarai Pastri Paling Lazat Di Dunia, Croissant Pun Terciduk!

Perkiraan ini biasanya digunakan dalam industri yang melibatkan layanan, biasanya pada kadar 10 peratus walaupun jumlahnya berbeza di pelbagai perusahaan.

Sumber: Platform X (@AzlilAdzif)

#Tahun Baharu Cina #Caj Perkhidmatan