Laman Utama

Netizen Terpegun Tengok Pinggang Che Ta Kekal Ramping - “Dia Macam Tak Tahu Nak Beza Leher Atau…”

gempak
Asyikin Mayudin
01/04/2023
01:53 MYT
Sponsor Banner
Netizen Terpegun Tengok Pinggang Che Ta Kekal Ramping - “Dia Macam Tak Tahu Nak Beza Leher Atau…”
Usia sudah mencecah 50 tahun, namun selebriti terkenal Rozita Che Wan tetap kelihatan awek muda malah turut memiliki bentuk badan yang langsing.
Rozita Che Wan atau mesra disapa sebagai Che Ta memberitahu pinggangnya tetap kekal dengan saiz 22 inci tanpa perlu melakukan sebarang diet.
“Pinggang kami saiz 22 inch hampa, secekak ja. Dia macam tak tahu nak beza leher atau pinggang, haha! Kalau ada yang tanya kami diet ka, tak.
“Kami makan ja semua tapi berpada hampa,” kata Che Ta menerusi laman Instagram miliknya.
Berkongsi video bentuk badannya yang langsing, Che Ta turut yakin baju yang digayakannya itu pasti akan habis terjual disebabkan ramai yang ingin menjadi sepertinya.
“Lepas ni kami rasa habis licin baju ini kat Ariani sebab semua nak jadi macam Che Ta,” kata Che Ta lagi.
Rata-rata netizen berasa terpegun melihat pinggang Che Ta yang ramping seperti anak dara selain memuji kecantikan aktres itu.
“Tu pinggang real tau hampa! Bukan pinggang pakai corset. Kami dah scan pinggang Che Ta depan mata memang kecil bak kerengga la orang kata.
“Cantiknya Che Ta… kelas gitu!
“Pinggang letop kalah anak dara ni,” komen beberapa netizen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live