Netizen Tersentuh Lihat Kanak-Kanak Sanggup Berbasikal Sejauh 50km Demi Lawat Bapa Di Penjara

Kisah dua beradik dari Thailand yang sanggup mengayuh basikal sejauh 50 kilometer (km) semata-mata untuk melawat bapa mereka di penjara telah menyentuh hati netizen.

Lebih menyedihkan, kesungguhan kanak-kanak itu bagaimana pun sia-sia apabila mendapati ia bukannya hari melawat dan mereka tidak dapat berjumpa dengan bapa mereka.

Kisah menyentuh hati itu viral di media sosial selepas ia dikongsi oleh salah seorang pengawal keselamatan penjara itu di Facebook, dua hari lalu.

Rata-rata mereka sedih dan sayu melihat kesungguhan kanak-kanak itu yang dikatakan telah mengayuh basikal hampir 5 jam demi bertemu dengan bapa mereka.

Difahamkan, telefon bimbit yang dimiliki oleh dua kanak-kanak itu turut pecah kerana terjatuh dalam perjalanan.

Apabila ditanya mengenai ibu mereka, dua beradik itu berkata mereka menetap bersama neneknya dan ibu mereka kini berada di Bangkok.

Mereka bagaimana pun gembira apabila telah dimaklumkan pihak penjara tarikh bebas bapanya.

Berikut merupakan komen-komen netizen yang tersentuh mendengar kisah mereka:

@LoVemimi Salmi- Tiba-tiba rasa nak menangis...

@Lillian Naim- Amat tersentuh. Kasih sayang seorang anak kepada bapa yang tiada sempadan walau dalam keadaan apa sekalipun. Seorang bapa tetap seorang bapa tidak kira apa yg berlaku. Dan tidak usahlah kita menilai akhlak seseorang itu seolah-olah kita sendiri tidak pernah melakukan kesalahan kerana setiap yang berlaku itu pasti ada sebab musababnya. Ini semua ujian dariNya.

@Shirley Kunjin - Kasihannya demi bapa anak sanggup mengayuh basikal hampir 5 jam demi melawat bapa mereka di penjara,begitu lah cinta kasih anak dan bapa....mudah-mudahan anak-anak ini diberi kekuatan dalam menempuh perjalanan begitu jauh sekali.

@Atifah Atiqah Atifah Fateha- Kasihannya dengan anak-anak ini..semoga menjadi anak yang baik dan beriman..

@Allan Segura- murung aku lepas baca cerita ni.. sedih bhaii... tak apa kejap lagi bapak kau bebas. kepada si bapak lepas ni kau buat hal kau pandai-pandai la fikir sendiri anak kau kayuh basikal 50km sebab nak jumpa kau akal tu jangan letak kat muka.

@Emy Suzanna Mn - Sedih rasanya walaupun x tau apa kesalahan bapa dia. Ibunya hebat tak ada nak kutuk kata bapa walaupun di penjara... Semoga terus menjadi anak soleh & berbakti kepada ibu ayah biar seburuk mana pun..