Pengguna media sosial terkejut dengan sepotong video viral yang memperlihatkan figura terkemuka dari pelbagai negara, termasuk Malaysia, berada dalam satu diskusi.

Figura-figura yang meraih perhatian netizen adalah Rosé daripada kumpulan BLACKPINK; Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook dan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Wan Azizah Ismail.

BERITA TRENDING: "Saya Gambarkan Wan Azizah" - Siti Nurhaliza Teruja Nyanyi Lagu OST Filem Anwar The Untold Story!

Menerusi komen-komen yang ditinggalkan di media sosial, ramai yang bertanya, bagaimanakah ketiga-tiga individu ini boleh berada dalam satu lokasi dan seperti membincangkan tentang satu hal yang sangat penting.



Rupanya, sesi berkenaan merupakan sebahagian daripada beberapa acara yang dianjurkan oleh isteri kepada Presiden Amerika Syarikat, Jill Biden untuk pasangan pemimpin Asia Pasifik di California minggu ini untuk forum tahunan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) bagi membincangkan tentang kesedaran masalah mental.

Rosé berkongsi mengenai naratif pengguna media sosial yang selalu bertentangan dengan hasil kerja dan kejayaan yang ditempa olehnya.

BERITA TRENDING: #OhDaebak: Rose BLACKPINK Dedah Rahsia Gambar Cantik Di IG, Ini Cara-Caranya

Sementara itu, Wan Azizah pula membincangkan tentang bagaimana kecerdasan buatan dan manipulasi boleh menjejaskan kesihatan mental.

Selain Rosé, Wan Azizah dan Tim Cook, diskusi itu turut disertai oleh Kim Keon-hee, Rachael Marape, Jill Biden, Louise Araneta-Marcos dan pakar bedah Amerika Syarikat, Vivek Murthy.

Sumber: AP