Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Netizen Teruja Lihat Kenduri Kahwin Bak ‘Pasar Malam’, Pengantin Kongsi Kos Bagi Satu Gerai

Izwan Isa
02/02/2024 11:55 MYT
Majlis perkahwinan merupakan antara acara yang paling ditunggu-tunggu oleh ramai orang. Antara hal yang paling dinantikan adalah menu dan hidangan makanan yang akan dihidangkan kepada tetamu.
undefined
Sama seperti majlis perkahwinan pasangan yang tular di TikTok baru-baru ini gara-gara menu makanan hari bahagianya yang disifatkan sebagai ‘kenduri pasar malam’.

Menerusi video yang dimuat naik, sebanyak 12 jenis menu makanan tersedia di majlis pengantin tersebut. Antaranya bihun sup, laksa, air balang, cakoi dan aiskrim.



Memetik temubual bersama World Of Buzz, pengantin memberitahu yang menu asal pada majlis perkahwinannya adalah nasi minyak dan beberapa hidangan lain. Namun, hidangan bertambah banyak selepas ahli keluarga mahu menaja hidangan setiap daripadanya.



Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen berbincang mengenai modal yang harus dikeluarkan untuk mengadakan majlis sedemikian rupa.



Sumber: TikTok

#Majlis Kahwin #Pasar Malam
;