Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Netizen Teruja Lihat Safawi Rashid Ajar Anak Sepak Bola - “Dik Awak Tahu Tak Bapa Awak Tu Pawi”

Mya Amri
08/05/2024 06:55 MYT
Gelagat pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rashid melayan karenah anak lelakinya, Saif Sulaiman menjadi perhatian netizen.

Ajar anak main bola

Menerusi sepotong video yang dimuat naik di TikTok isterinya, Syifa Melvin merakamkan Safawi sedang memegang lengan anaknya yang sedang bertatih dan menyepak bola secara perlahan.

“Pertama kali dia menyentuh bola, tak sangka pula dia seronok,” maklum hantaran tersebut.

undefined

Sementara itu, ruangan komen juga dipenuhi dengan kata-kata usikan dan positif netizen terhadap Safawi.

Rata-ratanya mengatakan Saif bakal mengikut jejak langkah bapanya sebagai pemain bola sepak suatu hari nanti.

Antara komen yang diterima adalah:

“Dia tahu tak bapa dia tu Pawi?”

“Wah dah training dari kecik ni. Wakil bola sepak negara soon,”

“Dik ayah awak Safawi dik,”

“Latih anak dari awal biar minat dan mahir dengan bola,”

BERITA TRENDING: Syifa Melvin Throwback Video Prengnancy Reveal! Netizen Terhibur Gelagat Safawi Rashid - “Tak Tahu Nak Sedih Ke Gelak, Apa Lawak Sangat Pawi Ni”

Terdahulu, Syifa telah mendirikan rumah tangga dengan Safawi Rasid pada 28 November 2022 dalam sebuah majlis tertutup bertempat di Hotel Hilton, Petaling Jaya.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini telah menerima cahaya mata sulung, Saif Sulaiman pada 30 September lalu.

#Anak #Bola Sepak #Syifa Melvin #Safawi Rashid
;