Netizen Throwback, Sedih Lepas 21 Tahun Akhirnya Gerak Khas Tamat - “Tengok Dari Darjah 5, Sekarang Dah 32 Tahun”
Mya Amri
30/03/2021 11:45 MYT
30/03/2021 11:45 MYT
Netizen meluahkan rasa sedih apabila drama bersiri popular dan paling lama bersiaran di Malaysia, Gerak Khas telah pun melabuhkan tirainya pada 27 Mac lalu.
Begitu juga dengan pelakon utama Gerak Khas, Erra Fazira juga turut mencoretkan penghargaan buat pihak produksi dan semua peminat drama tersebut.
“Terima kasih kepada seluruh tenaga kerja Skop Productions. Datuk Yusof Haslam dan rakan-rakan di dalam GK yang bekerja keras untuk menghasilkan karya yang telah mencipta sejarah dalam industri tanah air.
“Terima kasih di atas seribu satu pengalaman dan kenangan. Ada rezeki… InsyaAllah kita jumpa lagi.
“Terima kasih kepada anda penonton GK. Setelah 21 tahun kini GK melabuh tirai. Tanpa kalian, GK tidak mungkin bersiaran selama ini,” coretnya menerusi posting di akaun Instagram.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, netizen juga mengimbas kembali kenangan sepanjang Gerak Khas ditayangkan di negara ini.
“Drama dari zaman sek rendah, sek men, bujang, dah kawen dan dah ada anak... Terima kasih untuk semua barisan pelakon, kru dari dulu smpai sekarang dan terima kasih untuk yang hebat datuk @datuk_yusofhaslam. Drama Gerak Khas pasti dikenang,” tulis @teacher_siti
“Gerak Khas akan saya ingat sampai bila-bila sebab arwah mak sangat suka tengok drama ni. Ada dua je cerita yang dia tunggu depan tv, cerita P.Ramlee dan Gerak Khas. Sanggup sorok remote awal-awal takut kita alih. Kadang saja mengusik dia nak alih tengok merajuk ke tak,” imbas @fatimahkamali
“Minat drama Gerak Khas dari zaman tingkatan 1 tahun 1999 sehingga habis drama kegemaran Allahyarham ayah…” komen @mohdfirwanbinmasran
Terdahulu Gerak Khas diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai drama bersiri paling lama bersiaran di Malaysia.
Gerak Khas mula ditayangkan di RTM pada 5 April 1999 dan watak-watak terkenal antaranya ACP Haris, ASP Jeslina, ASP Salina, Inspektor Mazlan, Inspektor Sheera, dan DSP Aleeza masih lagi diingati hingga kini.