Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Netizen Tuduh Produk Nana Mahazan Tiada Sijil Halal, Overclaimed! - "Macam Founder Timbang Kilo Habis Duit Buat Rawatan ..."

Amri Hassan
04/06/2022 02:00 MYT
Bukan mudah mengukuhkan dunia perniagaan kosmetik sejak tahun 2018 diusahakan Nana Mahazan menerusi perniagaan kosmetik, Nana Mahazan Beauty.

Malah sejak melancarkan produk penjagaan kulit yang khusus menggunakan khasiat serta nutrisi buah kiwi sebagai 'superfood' pada 2020, ibu kepada dua cahaya mata ini membahagiakan dirinya sendiri serta ribuan testimoni.

Namun, adat bila nama atau jenama di puncak, pasti ada yang cuba membuat onar dan menaburkan pasir dalam periuk nasi.

Baru-baru ini, artis versatil dengan nama penuh Nurul Hana Che Mahazan, 38, itu terpanggil untuk menempelak sikap segelintir pihak termasuk netizen yang membuat tuduhan dan menjatuhkan hukuman melulu di Instagram (IG) live.

Antara komen pedas diterimanya apabila ada menganggap dirinya seperti segelintir pengasas produk 'timbang kilo' yang berhabis-habisan duit membuat rawatan namun mendakwa hasil dari produk sendiri.

Begitu juga yang mendakwanya 'over claimed' dan dikatakan tiada kelulusan sijil berkaitan.

"Ikutkan penat kadang-kadang nak jawab tuduhan dan andaian orang macam ini yang sesuka hati cakap seperti tak ada insuran. Tapi nanti tak jawab kata kita tak benar pula.

"Sebenarnya sebelum nak keluar atau tulis komen caci-maki, menyakitkan hati dan segala macam aura negatif, yang pertama sangat penting lakukan kaji selidik atau research.

"Sebenarnya Kiwi Skincare mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), lulus Kementerian Kesihatan (KKM) dan harga ‘rakyat'. Malah ramai testimoni yang 'love' produk ini," kata ibu kepada dua cahaya mata itu.

Nana berharap pihak yang gemar melontarkan tuduhan dengan membuta-tuli itu menyelidik secara terperinci bagi mengelakkan salah faham.

"Tak payahlah nak minta maaf. Tak jadi kudis pun dekat saya. Tapi sebelum komen buatlah research dahulu supaya nampak cerdik. Tak baik terus cop cerita negatif.

"Senang cerita, kalau nak cari produk lulus KKM, ada sijil Halal dan berkesan, cubalah produk berasas buah kiwi ini. Semuanya semula jadi. Gerenti tak menyesal di bucu katil," katanya.

Dalam hantaran entri berbeza di IG miliknya, Nana turut menempelak mereka yang termakan janji palsu jenama produk yang menjanjikan kesan memutihkan kulit dalam masa tiga hari.

"Tak adanya produk beri kesan serta merta sebegitu. Yang boleh segera putih itu tentu-tentu bahaya dan ada kesan sampingan.

"Nak kulit cantik kena rajin dan konsisten. Barulah kulit betul-betul sihat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nana dalam perancangan untuk mengelilingi Malaysia bagi menganjurkan kelas membina keyakinan diri secara percuma.

Niat itu seiring dengan pengalaman 19 tahun Nana untuk 'give back' kepada masyarakat.

#Viral #Produk #Netizen #Nana Mahazan #Kiwi #Nana Mahazan Beauty #Overclaimed #Sijil Halal
;