"Never Knew You Could Hit Those Notes" - Ini Komen Caprice Bila Tonton Ayda Jebat Tarik Lagu Celine Dion, Padu Beb!

Kamaruddin Razal
Mac 11, 2019 23:10 MYT
Kebolehan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat dalam menyampaikan lagu rancak tidak boleh dipertikaikan lagi.
Rangkaian lagu seperti Siapa Diriku, Pencuri Hati, Nakal Nakal Nakal, Mata dan Temberang menguatkan nama Ayda sebagai penyanyi lagu yang boleh membuatkan orang lain menari.
Namun begitu, masih ada yang sangsi dengan kebolehan Ayda membawakan lagu balada berentak perlahan.
Terbaru, penyanyi bertubuh genit itu berkongsi video persembahannya di sebuah majlis makan malam yang berlangsung baru-baru ini.
Menerusi laman Instagram milik Ayda, gadis yang berasal dari Melaka itu memuat naik video dia menyanyikan lagu My Heart Will Go On nyanyian asal Celine Dion.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat terpegun melihat kebolehan Ayda menyanyikan lagu terbabit.
Penyanyi rap Caprice juga turut meninggalkan komen selepas menonton video terbabit.
Dalam perkembangan lain, Ayda yang sedang popular menerusi lagu Temberang bakal muncul dengan lagu balada bertajuk Mana Ada Hati (Yang Ingin Trus Disakiti) ciptaannya sendiri bersama Irwan Simanjuntak.
#Penyanyi #Ayda Jebat #Penyanyi