Selebriti serba boleh Alif Satar mencuri perhatian ramai apabila tampil serba hijau dalam sut hijau badan berketak-ketak.

Menerusi laman sosial Instagram, Alif memaklumkan dirinya tampil begitu kerana menjadi model iklan komersil bagi sebuah ubat lekat pelega kesakitan badan.

“Seronok buat penggambaran untuk iklan komersil. Masa penggambaran ni ada juga Salonpas yang kena tampal tapi berbaloi bila tengok hasil akhirnya,” tulis Alif di ruangan kapsyen.

Menerusi iklan berdurasi 30 saat itu, menyaksikan Alif memakai sut adiwira berwarna hijau mengelilingi kota menaikk motorsikal bagi menyediakan ubat pelekat tersebut kepada mereka yang memerlukan.

Lepas ni kalau cramp tengah kayuh basikal, sakit pinggang bila duduk atas kerusi basikal lama sangat, atau sakit bahu bila anak suruh dukung 24jam jangan risau... Mr Salonpas sedia untuk menyelamat @salonpas_malaysia ??? #salonpas #salonpasmalaysia #cubasalonpas #trysalonpas #mrsalonpas p/s Had fun shooting this commercial, masa shooting ni ada juga Salonpas yang kena tampal tapi berbaloi bila tengok end product!??

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on

Meninjau ke ruangan kapsyen, rata-rata wargamaya terhibur dengan aksi superhero Alif sehingga ada yang menggelarkannya sebagai Badang.

“Haha rasa kelakar tengok, macam tengok Badang,” kata seorang wargamaya.

“Ni kalau datang kat kereta masa tengah jam seronok jugak,” kata seorang wargamaya.

“Kalah rider-rider Malaysia bro, laju betul penghantaran,” usik seorang wargamaya.

“Alif ni boleh letak dalam mana-mana karakter la, walaupun kena pakai kostum hijau Salonpas. Memang masuk dengan sengih awak tu. Comel dan menarik untuk ditonton,” puji seorang wargamaya.

“Berair mata ni tengok superhero naik motor,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian Alif tersebut telah mendapat hampir 10,000 tontonan dalam masa satu jam dimuat naik.

Sekadar info, Malaysia pernah menghasilkan filem Badang The Movie dengan menampilkan Datuk Seri Aliff Syukri sebagai teraju utama.

Filem arahan Profesor Datuk Dr. A. Razak Mohaideen itu berjaya mengutip jumlah kutipan sebanyak RM75,000.