The Masked Singer

Next Level! Sekuriti The Masked Singer Malaysia Macam CIA, Siapa Bocor Rahsia Bayar RM1 Juta

Zulaikha Yusof
04/11/2020
22:54 MYT
Umum tahu program The Masked Singer Malaysia bakal menutup tirai pada Jumaat, 6 November ini.
Jika anda pernah menonton The Masked Singer sebelum ini, anda tahu bahawa itu bukan pertandingan nyanyian tetapi rancangan penuh 'rahsia'.
Penulis merupakan salah seorang penonton yang berada di Royal Theater Shah Alam untuk menonton.
Sebelum pergi, penulis dikehendaki untuk mengisi NDA atau bahasa lebih mudah difahami adalah ia satu dokumen perjanjian kerahsiaan yang menjaga kerahsiaan maklumat rancangan.
Setibanya penulis di pagar Royal Theater, seorang pegawal keselamatan setia menunggu untuk semak identiti diri sebelum dibenarkan masuk. Wajib bawa tag Astro dan Media.
Memandangkan kita dalam norma baharu, suhu badan akan diambil sebelum memasuki ruang theatre. Semua penonton yang hadir perlu memasukkan telefon bimbit ke dalam plastik hitam kerana ketika rakaman berlangsung tidak dibenarkan menggunakan sebarang gajet.
Bagi yang memakai pelitup muka selain warna hitam, akan diberi seorang satu supaya nampak seragam di dalam kamera.
Semasa rakaman, juri tetap dan penonton saling berinteraksi. Ucapan terima kasih buat penonton kerana membantu juri. Bukan senang nak teka tanpa memakai headphone!
Meriah.. Semua orang sporting! Menari, bertepuk tangan, gelak bersama-sama tapi jangan risau penjarakkan sosial ada.
Teriakkan 'buka..buka..buka' akan didengari. Reaksi muka terkejut juga akan diminta semasa ingin mengetahui siapa yang berada di sebalik topeng itu.
Masa tu, debar jantung tetiba la nak berpeluh. Penulis pun tak tahu identiti peserta, jadi mesti la nak tahu tekaan betul ke tak.
Bagi menjaga eksklusif rancangan, hanya kakitangan Astro dibenarkan tonton sehingga selesai rakaman. Tetapi tetap kena rahsiakan, kalau tak bayar RM1 juta!
Penonton yang lain dikehendaki keluar ketika sesi terakhir lalu terus balik ke rumah. Pengurus penonton (floor manager) mengucapkan terima kasih kepada semua orang semasa menapak keluar.
Selepas identiti peserta terbongkar, penulis secepat mungkin akan selesaikan interview. Masa tu dah lewat malam, faham semua orang dah penat..
Kegigihan pasukan The Masked Singer Malaysia untuk menyimpan rahsia wajib diberi pujian. Next level tau!
Mereka tidak akan membenarkan individu tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya merosakkan program yang sudah kian lama dirancang.
Good job everyone!
Jadi siapakah di antara Orang Utan, Rajah Brooke, Wau, Enggang dan Bunga Raya yang akan bergelar JUARA?
Saksikan Pentas Akhir The Masked Singer Malaysia di saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107).
Program The Masked Singer Malaysia ini dinilai 100% oleh juri-juri tetap Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah SINAR.
Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
BACA: The Masked Singer Malaysia: Produksi Ada 2 Hari Siapkan Set & Hiasan Pentas, "Waktu Agak Suntuk ..."​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

CIA Kongsi Hantaran Fakta Nasi Lemak Di Facebook Raih Tumpuan Netzen

gempak
21/04/2024
11:55 MYT
Agensi Perisikan Pusat (CIA) meraih tumpuan ramai apabila memuat naik hantaran berhubung fakta-fakta menarik mengenai nasi lemak kepada pengikutnya di Facebook baru-baru ini.
Berita

Tiada Salah Satu Ciri Keselamatan Termasuk Lampu, Penunggang Basikal Di Putrajaya Berdepan Tindakan

gempak
02/01/2021
07:50 MYT
semuanya akan berkuat kuasa bermula 9 Januari 2021
The Masked Singer

The Masked Singer Malaysia: Produksi Ada 2 Hari Siapkan Set & Hiasan Pentas, "Waktu Agak Suntuk ..."

gempak
02/11/2020
07:20 MYT
Set dan hiasan pentas akan direka mengikut persembahan perserta tersebut.
The Masked Singer

The Masked Singer Malaysia: Reno Terkeluar, Ini Kedudukan Peserta Beserta Markah Penuh Minggu Suku Akhir!

gempak
23/10/2020
15:04 MYT
Cepatnya tinggal dua episod lagi..
Hiburan

Penting! Ini Langkah Yang Wajib Dipatuhi Jika Beriadah Ketika PKPB

gempak
05/05/2020
04:14 MYT