Pelakon Sweet Qismina membuat kejutan menghadiahkan sebuah kereta jenama Volkswagen buat adik perempuannya, Farhanna Qisrina.

Menerusi laman sosial Instagram, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina, 24, memuat naik foto sewaktu momen mengambil kereta tersebut untuk tatapan umum.

“Awak sangat membantu saya. Antara kita je yang tahu. Terima kasih @fqisrina. Saya sayangkan awak. Bayar ansuran kereta tau kereta tu sampai ke tua haha,” tulisnya di ruangan kapsyen.

View this post on Instagram

A post shared by ? فرحانة قيسمينا سوڤندي ? (@sweetqismina)


Bagi adiknya pula yang kini berusia 18 tahun, dia berterima kasih pada kakaknya di atas pemberian sebuah kereta berwarna putih itu.

“Terima kasih kakak kerana membelikan saya sebuah kereta cantik ni,” ujarnya menerusi satu hantaran di laman Instagram.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan pujian terhadap Sweet kerana menjadi seoran kakak yang sangat baik.

“Untungnya ada kakak camni,” komen seorang wargamaya.

The best kakak!” ujar seorang wargamaya.

Sibling goals,” kata seorang wargamaya.

Sweetnya Sweet,” puji seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 27,000 tanda suka daripada pengikutnya.