Penyanyi dan pelakon Elyana mengalami kecederaan kecil akibat kemalangan ketika menjalani penggambaran telemovie Aneh malam semalam.

Kemalangan tersebut menyebabkan Elyana terpaksa menerima jahitan di bahagian kepalanya.

"Hari ini ada kejadian tidak diingini berlaku ketika di set penggambaran Aneh. Saya mengalami kemalangan kecil yang tidak diduga. Tetapi tidak mengapa, semuanya ada hikmah Insya-Allah," katanya.

Elyana berkongsi berita tersebut di akaun Instagram miliknya menerusi sebuah video.

Di dalam video tersebut dia turut merakamkan proses ketika luka di kepalanya dijahit.

Tambah pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu itu lagi, dia sanggup menerima tawaran berlakon kerana memenuhi permintaan peminatnya.

"Disebabkan semua teringin sangat tengok saya berlakon, jadi saya berjuang untuk hiburkan kalian. Jangan lupa saksikan cerita Aneh yang akan keluar tidak lama lagi," katanya.

Entri tersebut mendapat perhatian ramai peminat dan pengikutnya yang turut bersimpati dengan nasibnya.

Malah rata-rata akui rakaman video yang menunjukkan kepalanya dijahit itu adalah agak mengerikan.

“Aduuuhhh aneh sangat tengok jarum menjahit kulit kepala... Ngeri ngilunya,” komen salah seorang pengikutnya.

“Ngeri la tengok luka terbelah mcm tu eeeeeeee,” komen peminatnya.

Bagaimanapun ramai turut mendoakan agar pelakon tersebut segera sembuh.

Kejadian malam semalam yang tak disangaka-sangka.Akhir nya KEPALA BATU ku bocor juga. Nantikan #Aneh #nadia #djin #roh @elofcbyelyana

A post shared by Elyana (@elyanaofficial) on