Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Viral

"Ni Baju Nak Pi Raya Ka Nak Pi Angkasawan?" - Pelanggan Jenama Tempatan 'Angin' Lihat Keadaan Baju Berharga RM329

Zulaikha Yusof 19/05/2020 | 03:40 MYT
Belum selesai isu 'refund' duit pelanggan, nama jenama dan butik pakaian muslimah Leeyanarahman kembali menjadi perbulan ramai di media sosial.
BACA: "Saya Dapat Tahu Bukan Saya Seorang Saja Terkena ..." - Pelanggan Jenama Tempatan Ini Nak Duit 'Refund' RM452 Kerana....
BACA: "Tak Ada Istilah Kami Makan Atau Ambil Duit Pelanggan" - Kena Tipu 3.5 Juta, Pemilik Butik Pakaian Muslimah Janji 'Refund' Sebelum Raya Aidilfitri
Kecoh di laman Twitter apabila baju dari koleksi raya Leeyanarahman tidak seperti yang digambarkan.
Pemilik akaun @AfifahRafie mendedahkan keadaan baju yang dibeli rakannya dengan harga RM329.
Video tersebut menunjukkan wanita terbabit sedang memakai baju itu sambil menunjukkan bahagian bawah yang dijahit tidak kemas dengan dialek utara.
"Ini baju yang sampai. Ni baju nak pi raya ka nak pi angkasawan? Tolong bagi pendapat dan pencerahan.
"Dengan jahitan tak kemas, mana kan baju dia! Ni cara size M ni tapi dah macam XL aku rasa.
"Ya Allah memang kena boikot dah Leeyanarahman. Ya Allah Ya Tuhanku. Patut ke macam ni. Haih," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet simpati dengan nasib yang dialami wanita tersebut.
Namun, ada juga segelintir netizen yang menasihati supaya membeli baju mengikut kesesuaian bentuk badan.
Posting terbabit telah mendapat lebih 11,000 kicauan (retweet) dan 11,000 tanda suka (likes).
Walau bagaimanapun, usaha Gempak untuk mendapatkan kenyataan daripada wanita tersebut gagal.
#Jenama Tempatan #Baju Angkasawan #RM329
;