Viral
"Ni Bercuti Ke Seludup Orang?" - Foto Penumpang Bot Tak Pakai Jaket Keselamatan Cetus Kebimbangan Netizen
Pastinya tempoh PKPP menjadi pilihan kebanyakan daripada kita untuk merehatkan minda dan bersantai bersama keluarga.
Kebiasaannya kini, pilihan bercuti ke lokasi pelancongan dalam negara seperti pulau-pulau kecil menjadi prioriti.
Namun, hal yang menjadi bualan netizen di laman sosial Twitter kini tentang faktor keselamatan pengunjung yang menaiki bot penumpang untuk keluar masuk ke beberapa buah pulau di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Tular pula baru-baru ini beberapa keping foto penumpang bot yang tidak memakai jaket keselamatan dalam sebuah bot ketika berada di tengah-tengah laut.
Menerusi foto yang dikongsikan oleh pengendali akaun @TravelJimat, penumpang bot terbabit yang terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak ibaratnya tidak mengendahkan faktor keselamatan.
"Nak bercuti pun kena tengok pada keselamatan. Jangan sampai dan ada tragis baru nak kaji semua bagai. Benda ini dah lama tapi sikap acuh tak acuh ambil ringan," tulis akaun berkenaan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Situasi itu menari perhatian netizen yang meluahkan rasa kebimbangan terhadap keselamatan penumpang bot berkenaan.
"Ni bercuti ke seludup orang?" soal salah seorang pengguna.
"Beringat sebelum kena. Dah terlebih muatan, tak ada life jacket pula. Malang tak berbau yer," tambah pengguna lain.
"Ni mesti jenis pakej RM350 all in termasuk boat, hotel, snorkeling, breakfast," sindir pengguna lain pula.
Ekoran penularan foto berkenaan, ramai yang menggesa pihak berwajib untuk mengambil langkah drastik bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Sumber/Foto: Twitter