Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Ni La Bakul Ganjaran Ramadan…”- Bagusnya! Didik Anak Berpuasa & Terawih, Ini Cara Altimet!

Syafiqah Jalal
19/04/2021 05:15 MYT
Penyanyi rap, Altimet melatih anak-anaknya untuk menjalani ibadah puasa dan tarawih di bulan Ramadan ini.

Bagi menggalakkan anaknya untuk bersemangat mengumpul pahala tersebut, Altimet menyediakan sebakul coklat dan gula-gula buat anaknya sebagai ganjaran kerana dapat melengkapkan kedua-dua ibadah tersebut dalam satu hari

“Haaaaaaa. Ni la dia Bakul Ganjaran Ramadan. Mana anak Baba yang puasa, solat terawih semua lengkap, dapat la ambik satu barang dari bakul ni setiap hari.

“Anak-anak ni bukan macam kita, boleh fikir jauh nak kumpul pahala. So kita bagi la motivasi sikit. Good job,” katanya.

Altimet berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram mililknya.

Menerusi entri tersebut, Altimet memuat naik foto bakul ganjaran yang dimaksudkan.

Kemas kini berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji cara Altimet melatih serta menggalakanan anak-anak beribadah di bulan Ramadan.

Best ni…” komen salah seorang pengikutnya.

Good idea!” puji salah seorang netizen.

“Wah thank you for the idea,” kata salah seorang warga maya.

Altimet yang sudah 16 tahun berumah tangga, mempunyai tiga orang anak.

A post shared by Altimet (@altimet)

#Anak #Altimet #Ramadan #Puasa #Terawih #Berpuasa
;