Laman Utama

“Ni Mesti Kata Nak Balik Tapi Sambung Borak” - Seronok Beraya Sampai Mak Tertinggal!? Netizen Kata Normal Lah!

gempak
Hanafis Haris
09/05/2022
01:48 MYT
Sponsor Banner
“Ni Mesti Kata Nak Balik Tapi Sambung Borak” - Seronok Beraya Sampai Mak Tertinggal!? Netizen Kata Normal Lah!
Gelagat sebuah keluarga yang rancak menyambut Aidilfitri tular di media sosial sejak kelmarin.

Semuanya berlaku apabila keluarga berkenaan tertinggal ibu mereka ketika beredar daripada rumah saudaranya.

“Kemain mula-mula dia suruh rekod balik. Tertinggal mak sendiri.

“Maknya suruh tunggu kejap sebab nak ambil makanan bungkus. Cepat call, lepas tu kabut patah balik.

“Seronok beraya sampai tertinggal mak,” tulis individu yang memuat naik video berkenaan.

Sehingga kini video berkenaan sudah ditonton sebanyak 272,000 kali.

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat ‘pecah perut’ keluarga berkenaan.

Biarpun ada yang marah kerana terlupa tentang ibu mereka, namun kebanyakannya faham mengapa ia boleh berlaku.

Menurut mereka, itu adalah kebiasaan bagi golongan ‘mak-mak’ yang susah untuk berhenti berborak selepas berjumpa dengan saudara mara.

“Ni mesti geng mak-mak yangg kata nak balik tapi dok sambung borak lagi .

“Sepuluh kali kata nak balik pun duk sambung borak lagi kat tangga, ruang tamu kat parking kete pun jenuh sambung borak lagi, btw comel family ni”.

“Saya pernah tertinggal anak..kelam kabut patah balik..satu kampung gelak,” tulis beberapa netizen.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live