Biarpun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 telah dilaksanakan, namun beberapa lokasi dilihat masih dipenuhi dengan kehadiran orang ramai.

Ini terbukti apabila ada yang berkongsi sebuah gambar memaparkan keadaan di sebuah pasar raya.

Gambar dipercayai berlaku di Shah Alam itu memaparkan jumlah pelanggan agak sesak dengan penjarakan fizikal yang agak terhad.

Perkara itu sekali gus mencetuskan kemarahan netizen yang rata-ratanya kecewa dengan sikap sesetengah individu yang masih berdegil.

Malah, ada juga yang mempertikaikan keperluan orang ramai menyerbu pasar raya memandangkan aktiviti ziarah menziarah tidak dibenarkan.

“Ni semua ziarah saudara kat mall lah ni, nak ziarah rumah tak boleh.”

“Serious ramai betul eh pergi pasar raya time raya ni.”

“Allahu, sebab ni lah kes Selangor tak turun-turun. Please lah,” tulis beberapa netizen.

Sekadar info, perlaksanaan PKP 3.0 dibuat susulan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak sejak beberapa minggu yang lalu.