Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Ni Sumber Mana? Risau Kadang-Kadang,” - Senator Dikecam Dakwa K-Drama Punca Remaja Bunuh Diri

Mya Amri
15/10/2021 02:40 MYT
Senator Mohd Apandi Mohamad mendapat perhatian netizen selepas mendakwa pengaruh drama Korea (K-Drama) menjadi salah satu faktor kecenderungan bunuh diri dalam kalangan masyarakat, terutama golongan remaja di negara ini.

Perkara itu dibangkitkan beliau ketika perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara yang berlangsung baru-baru ini.

Menurut kenyataannya, drama Korea mempunyai elemen bunuh diri apabila seseorang mengalami kegagalan dalam hidup.

Bagaimanpun kenyataan beliau mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya kurang bersetuju dengan perkara itu.

Malah netizen membahaskan perkara itu dan menganggap sebagai seorang senator kenyataan yang dikeluarkan Apandi agak kurang bijak kerana meletakkan kesalahan pada orang lain.

Sebaliknya ramai berpendapat kebanyakan drama dan filem Korea bukan sekadar memberikan hiburan sebalikknya turut memberikan inspirasi kepada mereka.

Netizen juga turut mempersoalkan sumber kajian yang dilakukan beliau selain memintanya memberikan judul-judul drama dan filem yang menurutnya banyak terdapat elemen bunuh diri.













Sekadar info: K-drama boleh disifatkan sebagai salah satu cara atau pun insiatif netizen menghilang rasa bosan dan juga stress sepanjang perintah kawalan pergerakan dilaksanakan di negara ini.


***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!



#Viral #Bunuh Diri #Korea #K-Drama #Parlimen #Senator
;