,
Laman Utama

“Ni Yang Saya Rindu, Jadi Orang Biasa” - Tumpahnya Air Mata Siti Nurhaliza Di Makkah! Netizen Pun Sama Sebak!

Hanafis Haris
26/04/2022
23:34 MYT

Perkongsian penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi siaran langsung media sosialnya di Makkah semalam ternyata membuatkan ramai yang ‘bergenang air mata’.

Semuanya gara-gara luahan Siti yang merindukan suasana di tanah suci itu.

Menurut Siti, sudah lama dia tidak merasa kehidupan seperti orang biasa, apatah lagi menjadi insan yang kecil di rumah Allah.

“Seronok saya dapat kongsi bersama anda semua, pemandangan di Ka'bah, suasana Makkah.

“Ni yang saya rindu sebenarnya, saya jadi orang biasa, dapat duduk macam ni, buatkan saya jadi manusia yang sekecil-kecilnya.

“Duduk ramai-ramai macam ni, orang tak kenal saya pun. Masing-masing tengah berdoa yang terbaik, berebut.

“Seronok, ini yang saya rindu-rindu sangat-sangat,” katanya.

Jelasnya, dia bersyukur apabila Allah SWT memakbulkan doanya untuk kembali mengerjakan umrah.

“Alhamdulillah Allah makbulkan, walaupun suami saya tak ikut tapi dia mengizinkan.

“Itu satu rahmat, walaupun berat hati nak tinggalkan anak tapi saya tahu Allah jaga Aafiyah dan Aafwa, jaga anak saya,” katanya.

Perkongsian berkenaan kemudian mencetuskan rasa sebaik netizen apatah lagi melihat kehidupan Siti sebagai orang biasa ‘hilang’ sejak usia remajanya apabila bergelar artis.

“Lepas SPM Siti tak pernah rasa hidup seperti org biasa. Bebas ke sana ke sini dengan tenang, tanpa diserbu peminat., sebab tu mudah tersentuh menangis..

“Betul...sampai sana walau kau popular..kat sana memang kau dengan Allah je untuk beribadah..walau ditemani kawan.

“Allahuakbar Alhamdulillah, semoga Siti mendapat Mabrullah...rindunyer,” tulis beberapa netizen.

@kick_kapoor8989 ???? #fypシ #fyp #viral #sitinurhaliza @toktitiktok ♬ Selawat - Dato' Sri Siti Nurhaliza

Sekadar info, Siti Nurhaliza mengambil kesempatan menghabiskan hari-hari terakhir Ramadan kali ini dengan menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah.

Perkara tersebut dikongsikan Siti menerusi beberapa hantaran di entri Instagram miliknya.

Pada kali ini, penyanyi lagu Kau Kekasihku itu berangkat mengerjakan umrah bersama pengurusnya, Rozi Abdul Razak dan kakak iparnya, Datin Zaiton Mohd Jiwa.

Di samping itu, Siti sempat meminta kemaafan kepada semua pihak jika dirinya ada melakukan kekhilafan sebelum ini.

BACA: “Doakan Berjalan Lancar & Kesihatan Yang Baik” - 10 Ramadan Terakhir, Siti Nurhaliza Tunai Umrah

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zoey Rahman Bakal Tunaikan Umrah Kali Ke-10 - “Banyak Dosa & Maksiat Telah Saya Lakukan”

gempak
22/10/2024
01:55 MYT
“Saya harap Tuhan terima amal ibadah saya. Banyak dosa dan maksiat telah saya lakukan,” luahan itu disuarakan oleh pelakon dan usahawan, Zoey Rahman kepada Gempak apabila dia bercadang menunaikan umrah pada Disember nanti.
Hiburan

Judika Mahu ‘Balas Dendam’ Di Konsert Bersama Siti Nurhaliza - “The Journey Of Sound Akan Menjadi…”

gempak
21/10/2024
13:55 MYT
Penyanyi terkenal Indonesia, Judika mahu ‘membalas dendam’ menerusi konsert The Journey Of Sound yang akan diadakan bersama penyanyi tersohor Negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hiburan

Inayah Beauty Hulur RM500,000 Bantu 2,500 Keluarga Di Gaza! - "Kami Bercita-Cita Jadikan Kutipan Ini Acara Tahunan"

gempak
20/10/2024
15:15 MYT
Buat julung kalinya, Inayah Beauty telah membuat langkah besar dengan membantu keluarga di Gaza, Palestin, melalui sumbangan RM500,000 kepada Yayasan Nurjiwa.
Hiburan

Nora Danish Terpesona Dengan Kecantikan Siti Nurhaliza - “Tak Mekap Pun Dah Cantik…”

gempak
19/10/2024
16:00 MYT
Pelakon Nora Danish mengakui terpegun dengan kecantikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hiburan

Teruja Tonton Filem Biografi Rossa, Siti Nurhaliza Beri Bayangan Bakal Buat ‘Kejutan’ Sempena 30 Tahun Dalam Industri - “Mungkin Dapat Inspirasi, Bahan Semua Dah Kumpul..”

gempak
17/10/2024
21:55 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan rasa teruja apabila dijemput untuk menghadiri malam gala tayangan perdana filem biografi ‘All Access To Rossa 25 Shining Years’.
BorakSeeni