Nia Ramadhani Sambut Ulang Tahun Kelahiran Anak Bertemakan Super Mario Bros

Rozaimi Zubaidi
November 21, 2016 05:10 MYT
Aktres Indonesia Nia Ramadhani Bakrie 26, dilihat telah berkongsi beberapa keping gambar sambutan ulang tahun kelahiran anak keduanya Mainaka Zainati Bakrie, di akaun Instagram (IG) miliknya.
Sambutan ulang tahun tersebut bertemakan Super Mario Bros, di mana semua tetamu yang hadir turut mengenakan pakaian berwarna biru dan merah iaitu sama seperti watak didalam permainan tersebut.
Pelakon yang terkenal menerusi sinetron Bawang Putih Bawang Merah, dilihat amat comel mengenakan pakaian sama seperti watak di dalam permainan Super Mario Bros.
Menerusi (hashtag) #mainaka1stbirthday, pelbagai gambar menarik telah dikongsi oleh tetamu yang hadir memeriahkan majlis itu.
Mereka juga memuji kecomelan pakaian yang di pakai oleh keluarga Nia Ramadhani.
Terdahulu, Nia Ramadhani dan suaminya Adriansyah Bakrie telah bernikah pada tahun 2010.
Mereka telah dikurniakan dua orang anak perempuan yang bernama Mikhayla Zalinda Bakrie dan Mainaka Zainati Bakrie.
Nia juga dilaporkan telah hamil anak ketiga dan usia kandungannya kini berusia sembilan minggu.
Dia juga terkenal membintangi filem seram Indonesia seperti Suster Ngesot dan Hantu Jembatan Ancol.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
#Pelakon Indonesia #Nia Ramadhani #Bawang Merah #Bawang Putih #Siska #Super Mario