Laman Utama
Niat Cuma Nak Takutkan, Model Tak Sedar Tertikam Mati Kekasih
Seorang model wanita berdepan hukuman penjara 30 sehingga 100 tahun selepas didapati menikam kekasihnya pada 25 Mac 2022 lalu.
Model tersebut, Abigail White yang kini dalam fasa perbicaraan mengatakan dirinya tak sengaja, malah tidak menyedari telah menikam kekasihnya, Bradley Lewis sewaktu mereka bertengkar.
Kata perempuan berusia 24 tahun itu, dia mengambil pisau di dapur dan mengacukan kepada kekasihnya yang berumur 22 tahun sebagai satu ugutan untuk menakut nakutkannya.
Bagaimanapun tanpa sedar, dia yang mabuk telah benar benar menikam kekasihnya pada bahagian dada.
Menurut fakta kes, pasangan tersebut bergaduh selepas pulang dari sebuah pub.
White tidak berpuas hati dengan sikap Lewis yang membiarkan dirinya bergaduh dengan seorang lelaki di pub tersebut. Lewis juga didakwa tidak membantu White sewaktu wanita itu ditumbuk sehingga jatuh oleh lelaki tersebut.
“Kami bertengkar dengan agak kuat. Saya tak gembira kerana dia tidak membantu menyebelahi saya dalam pergaduhan di pub.
“Dia mendakwa saya terlebih emosi dan tidak perlu terlalu sedih. Hal itu membuatkan saya lebih sedih,” kata White dalam keterangannya di sebuah mahkamah seperti dilaporkan BBC,
White juga didengar memberi kenyataan mengatakan sewaktu bertengkar, Lewis telah menolaknya sebelum dia mengambil keputusan ke dapur untuk mengambil pisau.
“Saya pergi ke arahnya hanya untuk menakutkan dia dengan pisau, tanpa sedar saya sebenarnya telah menikam dia pada bahagian dada.”
“Saya hanya sedar telah tak sengaja menikamnya selepas dia memanggil nama saya dan melihat wajah serta darah dari dadanya,” dedah Lewis.
Lewis malah sempat berbohong dengan mengatakan kekasihnya telah menikam diri sendiri sewaktu mereka bertengkar.
Dalam soal jawab bersama peguam dia mengatakan cuba berbohong kerana takut dan bimbang tentang dirinya, serta keluarga Lewis.
Namun model itu menegaskan dia tidak sengaja atau mempunyai niat membunuh kekasihnya.
Must-Watch Video