"Niat Dihati Untuk Membina Masjid, Menutup Aib Dia Yang Dulu" - Awi Rafael Batalkan Perkahwinan Dengan Atikah Suhaime

Rozaimi Zubaidi
Mac 14, 2019 03:15 MYT
Penyanyi Awi Rafael mengesahkan harus membatalkan perkahwinannya bersama pelakon Atikah Suhaime yang dijadulakan berlangsung pada Ahad ini.
Menerusi entri di Instagram (IG), Awi menjelaskan dia mempunyai alasan tersendiri untuk menarik diri dan tidak mahu membuka aib sesiapa.
"Awi harap semua teman akan faham. Awi sudah cuba buat yang terbaik untuk dia & Awi sekeluarga sudah pun bersiap sedia untuk Ahad ini. Niat dihati adalah untuk membina masjid, menutup aib dia yang dulu & membawa dia ke jalan tuhan bersama ke arah hidup baru. Kerana itu Awi tawakkal & terus tunang sejak tahun lalu.
"Namun, Awi juga mempunyai Ibu dan maruah keluarga. Terlalu berat dugaan baru kali ini. Awi harap kawan-kawan semua akan faham. Dahlah, Awi pun tak ingin bukak aib sesiapa.
"Jodoh di tangan Tuhan & mungkin solat istikarah Awi pun telah dijawab di saat-saat akhir ini. Thank You to all my friends tahat have been so supportive & loving, don’t worry I will repay those that have booked flights.
"Thank You for calling me. To co-sponsors for e wedding. Cake & food etc, don’t worry I will call you too. We can give it to the children’s orphanage.
"Kepada rakan-rakan media, thank you kerana selalu memberi support kepada Awi dan kesianlah dia. Tetap berikan sokongan kepada dia seperti yang kami semua dapat lihat sejak kami bertunang.
"Namun untuk Awi,Awi & keluarga tarik diri. Awi minta maaf, salam. Bismillah," tulisnya.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu dan dijangka berkahwin setahun kemudian iaitu hujung minggu ini.
#Penyanyi #Atikah Suhaime #Penyanyi #Awi Rafael #Awi Rafael