Hiburan

"Niat Kami Sekeluarga Memang Nak Haura Berjumpa Dengan Ayahnya .." - Lufya Omar

gempak
Zulaikha Yusof
20/11/2019
01:51 MYT
Sponsor Banner
"Niat Kami Sekeluarga Memang Nak Haura Berjumpa Dengan Ayahnya .." - Lufya Omar
Penyanyi dan pelakon Lufya Omar enggan mengulas panjang mengenai kecaman yang diterima suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum selepas didakwa tidak menghiraukan panggilan anak mereka, Laana Haura.
BACA: "Jangan Jadikan Anak Sebagai Mangsa Keadaan" - Dr Che Hafiz Tegur Lufya Omar
Jelas Lufya, niat sebenar membawa anak perempuannya ke mahkamah adalah untuk pertemukan dengan ayahnya.
"Saya taknak komen banyak tentang apa yang berlaku kerana pada ketika itu saya berada di dalam bersama peguam saya.
"Adik saya iaitu ibu saudara kepada Haura yang membantu menjaganya ketika dia berlari mengejar ayahnya.
"Saya sendiri tidak menyangka yang Haura berlari ke pintu lalu memanggil ayahnya berulang kali.
"Dalam video itu, saya dengar suara adik saya memanggil 'daddy' supaya suami saya pandang dan meluangkan masa bersama Haura.
"Suami saya hanya sempat berjumpa dalam 5 minit sahaja sebelum keluar daripada mahkamah. Oleh sebab itu, Haura inginkan masa yang lama bersama ayahnya.
"Niat kami sekeluarga memang nak Haura berjumpa dengan ayahnya di samping untuk meredakan kemarahan," katanya ketika dihubungi Gempak.
Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar akui pada mulanya agak keberatan untuk membawa Haura bersama ke mahkamah.
"Saya bawa Haura dengan niat baik supaya suami saya dapat berjumpa memandangkan mereka sudah lama tidak ketemu.
"Walaupun berat hati ini nak bawa anak ke 'tempat' sebegitu namun saya tak ingin pisahkan antara ayah dengan anaknya.
"Saya harap suami saya boleh bincang secara baik dengan saya demi kepentingan Haura sahaja," katanya.
Pada Isnin, Lufya terkejut selepas Hafiz enggan menceraikannya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.
BACA: Suami Enggan Cerai, Lufya Omar Terkejut
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof menetapkan 10 Disember depan bagi kedua-dua pihak hadir untuk sebutan semula kes dan melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kemelut rumah tangga mereka.
Terdahulu, Hafiz tidak hadir pada sebutan kes permohonan cerai mereka pada 16 Oktober lalu.
BACA: "Tiada Perkara Yang Ingin Saya Ulas..." - Suami Lufya Komen Isu Ketidakhadiran Ke Mahkamah
Kisah pergolakan rumah tangga mereka dihidu media pada Oktober tahun lalu hingga diperkatakan ramai.
Ada pihak mendakwa pasangan terbabit mahu berpisah. Namun, menerusi Instagram (IG), Lufya menjelaskan perkahwinan mereka masih utuh dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi.
Pada September lalu, rumah tangga pasangan ini kembali menjadi bualan apabila pelakon itu memuat naik status mendakwa suaminya tidak menjalankan tanggungjawab selepas tiga bulan berkahwin.
BACA: "Jangan Cakap Isteri Tak Tutup Aib Kalau Suami Tu Yang Buka Aib Di Dada!" - Lufya Dakwa Dianiaya Suami
BACA: Buat Laporan Polis, Dr Che Hafiz Nafi Tuduhan Lufya Omar
Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini memasuki usia dua tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024