Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Niat Nak Balik Malaysia Tergendala, Suami Nourul Depp Kena Covid-19

Syafiqah Jalal 15/02/2022 | 00:55 MYT
Penyanyi Nourul Wahab, 44, mengesahkan suaminya, Eric Depp, dijangkiti virus Covid-19 dan kini sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah.
Pun begitu, Nourul yang kini menetap di Bali, Indonesia, bersyukur kerana dia dan tiga anaknya menunjukkan keputusan negatif selepas melakukan ujian kendiri.
“Malangnya, suami saya disahkan positif Covid-19 namun tidak begitu melarat. Bagaimanapun, kami tetap mengasingkan diri, seluruh keluarga.
“Walaupun saya dan anak-anak negatif, tetapi kami akan buat juga ujian Tindak Balas Berantai Polimerase Masa Nyata (RT-PCR) pada Jumaat ini,”katanya.
Nourul berkongsi berita duka itu dalam satu entri di akaun Instagramnya semalam.
Tambah Nourul dia terpaksa menangguhkan niatnya untuk pulang ke Malaysia hujung bulan ini selepas suaminya dijangkiti wabak itu.
“Suami saya hanya mengalami demam dan simptom seperti selesema. Tiada gejala lain seperti sesak nafas atau hidung tersumbat. Kami cuma perlu ambil dos penggalak sahaja selepas ini.
“Mulanya ada perancangan nak balik ke Malaysia pada hujung bulan ini untuk ambil dos penggalak, tetapi nampaknya sukar sedikitlah buat masa sekarang.
“Kami semua okey. Lebih baik ambil dos penggalak itu untuk kuatkan sistem imunisasi bagi melawan virus ini. Insya-Allah, dengan pertolongan Allah SWT, semuanya akan baik-baik sahaja,”katanya.
Nourul atau nama sebenarnya, Nurul Huda Abdul Wahab dan suami, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 9, Raphael, 7, dan Isabella,3.
Sementera menerusi perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayu Nazirah, 24.

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

#Anak #Suami #Nourul Depp #COVID-19 #Kuarantin
;