gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Naik Kuda, Pergi Gym, Jaga Penampilan – Ini Ciri-Ciri ‘Hot Daddy’ Yang Green Flag!
HIBURAN
Ammar Ahyan Simpan Hajat Nak Jadi Ahli Politik, Terinspirasi Dengan Bapa Sendiri! - "Saya Nampak Betapa Susahnya ..."
HIBURAN
“Saya Tak Faham Orang Suka Tekankan Susu Badan Lebih Bagus Daripada Formula” - Nina Ismail Sabri
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Niat Nak Jumpa Idola Terbantut, Wanita Ditahan Selepas Cuba Ceroboh Kediaman Jungkook

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
13/06/2025
04:55 MYT
Sponsor Banner
Niat Nak Jumpa Idola Terbantut, Wanita Ditahan Selepas Cuba Ceroboh Kediaman Jungkook

Seorang wanita ditahan pihak berkuasa Korea Selatan selepas cuba menceroboh rumah ahli kumpulan K-pop terkenal, BTS iaitu Jungkoook.

Difahamkan peminat fanatik dari China itu cuba memasuki rumah Jungkook tersebut selepas beberapa jam penyanyi tersebut menamatkan khidmat ketenteraan wajibnya.
Menurut laporan polis tempatan, wanita tersebut dilihat sedang menekan nombor rumah secara rawak pada kunci kombinasi di luar kediaman Jungkook yang terletak di Seoul.
“Polis Yongsan, dalam kenyataan memberitahu wanita itu berusia 30-an dipercayai peminat fanatik Jungkook. “Suspek telah pun ditahan selepas dia didapati berulang kali menekan kod pintu kediaman lima tingkat milik artis berkenaan sebelum cuba memasuki perkarangan rumah bintang K-Pop itu di Yongsan-Gu kira-kira jam 11.20 malam.
“Tindakan pantas pihak berkuasa telah berjaya menghalang sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” jelas kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, tindakan mencurigakan wanita tersebut juga dikesan jiran selebriti terbabit sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Hasil siasatan awal mendedahkan bahawa wanita itu telah terbang khas ke Korea Selatan semata-mata untuk berjumpa dengan idolanya itu.
Bagaimanapun tindakannya yang melanggar undang-undang privasi akhirnya menyebabkan dia ditahan atas kesalahan menceroboh.
Topic Berkaitan
#Jungkook
#Korea Selatan
#Rumah
#Ceroboh
#Kena Tahan
#Peminat Fanatik
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement