Niat Nak Marah Tak Jadi, Pelanggan P-Hailing Tersentuh Pekerja Sanggup Hantar Makanan Tanpa Kenderaan
Firdaus
09/04/2024 14:55 MYT
09/04/2024 14:55 MYT
Setiap manusia mempunyai cara berbeza-beza dalam mencari rezeki.
Jalan Kaki Buat P-Hailing?
Berikutlah yang dikongsikan di media sosial oleh seorang pengguna khidmat p-hailing di mana dirinya berasa tersentuh dengan sikap seorang penghantar makanan yang berusaha menjalankan tanggungjawab walaupun tidak mempunyai kenderaan.
Menerusi tangkap layar yang dimuat naik, pelanggan tersebut pada awalnya mengakui berasa sedikit marah apabila makanan yang dipesan lambat sampai, akan tetapi, perasaan itu hilang selepas mengetahui pekerja berkenaan merupakan seorang ‘walker’ (penghantar makanan tanpa kenderaan).
“Malam tadi punya cerita. Baru nak marah makanan lambat, sampaikan satu jam lebih baru sampai, dari Ampang ke Bukit Bintang.
“Rupanya FoodPanda ni walker. Struggle is real sahabat. Semoga kita semua dimurahkan rezeki selalu,” tulis pelanggan itu.

Malam tadi punya cerita. Baru nak marah makanan lambat, sampaikan 1 jam lebih baru sampai, dari Ampang ke Bukit Bintang. Rupanya Foodpanda ni walker. Struggle is real sahabat. Semoga kita semua dimurahkan rezeki selalu.
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) April 8, 2024
Sumber : Topek Daniel pic.twitter.com/gqKTFlVmPz
Warganet Tersentuh
Entri itu mendapat pujian warganet di mana rata-ratanya memuji sikap pekerja tersebut selain ada segelintir yang tersentuh dengan usaha yang ditunjukkan.
“Saya doakan dia dimurahkan rezeki untuk dapat beli kenderaan nanti,”
“Sedihnya,”
“Dia berusaha, tindakan yang boleh dipuji,”
“Mungkin tu first order dia setelah sekian lama tunggu,”
Sekadar info, setakat artikel ini ditulis entri itu meraih lebih 900,000 tontonan di Platform X.BERITA TRENDING:Pekerja P-Hailing Bakar Kereta Polis Bantuan Ditahan
Sumber: Platform X
“Saya doakan dia dimurahkan rezeki untuk dapat beli kenderaan nanti,”
“Sedihnya,”
“Dia berusaha, tindakan yang boleh dipuji,”
“Mungkin tu first order dia setelah sekian lama tunggu,”
Sekadar info, setakat artikel ini ditulis entri itu meraih lebih 900,000 tontonan di Platform X.