COVID-19

"Niat Saya Nak Membantu Tapi Cara Saya Salah" - Black Mohon Maaf

Amri Hassan 31/03/2020 | 03:27 MYT
Penyanyi Black Hanifah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataannya mengenai permintaan bantuan khusus dari kerajaan kepada artis hingga mencetuskan ketegangan umum.
Akui Black, kenyataannya itu membuatkan ramai yang kurang selesa dan marah walaupun niat asalnya ingin membantu.
"Baru-baru ini saya ada keluarkan satu kenyataan yang membuatkan ramai orang tak selesa dan marah.
"Niat saya nak membantu tapi cara saya itu salah, komen-komen saya juga buat orang marah.
"Jadi, saya ingin memohon maaf secara terbuka atas kesilapan saya, saya pun manusia biasa melakukan kesilapan," kata Black menerusi sepotong video di Instagram pada Isnin.
Sehubungan itu, Black memohon orang ramai agar menghentikan komen tidak baik terhadap dia sekeluarga.
"Saya harap netizen di luar sana hentikan komen yang tak baik kepada saya dan keluarga saya.
"Di sini juga saya juga berterima kasih kepada Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberikan hak sama rata kepada seluruh rakyat Malaysia. Jangan gaduh-gaduh dah, stay at home," tambah Black.
BACA: "Walaupun Tak Banyak Saya Yakin Kurang Sikit Bebanan Mereka" - Black Hanifah Tak Ambil Duit Sewa Rumah
Terdahulu, Black menyuarakan pendapat supaya golongan selebriti turut dibantu, namun kenyataannya mengundang salah faham apabila netizen berpendapat kerajaan perlu membantu orang yang lebih susah berbanding penggiat seni.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Mohon Maaf #Black Hanifah #Bantuan Kerajaan