"Niat Tu Baik Tapi ..." - Azza Elite Terkilan Azwan Ali Mengamuk Sejadah Lambat Sampai
Shahrin Zulkifle
02/08/2022 11:00 MYT
02/08/2022 11:00 MYT
Masih bersedih dengan pemergian ayah tercinta, penyanyi Azza Elite terpaksa berdepan dengan kata-kata kurang senang yang dilemparkan kepadanya akibat lewat menyiapkan tempahan sejadah jualannya.
Dakwaan lambat menyiapkan sejadah itu dikeluarkan oleh pengacara Azwan Ali yang dimaklumkan sudah membuat tempahan sejak seminggu lalu.
Berkongsi perkara itu di laman Instagram miliknya, Azza meminta Azwan untuk memahami keadaan yang ditanggungnya saat ini.
“Saya tak pernah cari pasal dengan sesiapa. Balik Singapura saya sibuk urus mak dengan bapak saya sakit. Tak boleh nak fikir orang nak beli sejadah ke apa ke, yang saya fikir ayah dan mak je! Keadaan parent saya.
“Sampai hati dia tulis macam ni! Bapak saya meninggal semalam paham tak. Jangan sesuka hati maki! Sebab dah terbiasa mulut tu maki orang jadi makanan kau!
“Niat tu baik nak beli sejadah aku bersyukur! Tapi dalam masa yang sama fikir juga keadaan orang lain. Saya hilang ayah tau, jangan buat anak yatim macam ni bang! Tu je nak ckp,” tulis Azza.
Menerusi perkongsian yang sama, Azza turut memuat naik tangkap layar yang menunjukkan kata-kata tidak puas hati Azwan yang terpaksa menunggu lama tempahan sejadah yang dibeli.
“Dah seminggu aku tunggu sejadah kau. Habuk pun takda. Kau busy jahit sejadah ke?
“Inilah masalah bisnes orang melayu! Woi duit aku berkepuk-kepuk lah, sah-sah mampu bayar. Tak hadap free pun dari kau,” tulis Azwan.